Bunyi Beep & Error Pada Komputer

Setelah butang ON ditekan dan sistem komputer dihidupkan, bunyi beep pasti akan kedengaran. Bunyi beep yang dikeluarkan membolehkan kita untuk mengenalpasti masalah(error) yang terdapat pada sistem komputer kita. Bunyi beep yang berbeza-beza mewakili setiap masalah(error) samada masalah yang besar atau yang kecil.

Berikut merupakan contoh bunyi beep dan juga masalah yang dihadapi:

1) Tiada bunyi beep – CPU/ MotherBoard mempunyai kerosakan, tiada sumber kuasa untuk sistem.

2) Bunyi beep sekali – Sistem komputer berada dalam keadaan normal dan POST berfungsi dengan baik.

3) Bunyi beep dua kali – Berlaku masalah pada POST atau CMOS

4) Bunyi beep panjang sekali, bunyi beep pendek sekali – Berlaku masalah pada motherboard komputer.

5) Bunyi beep panjang sekali, bunyi beep pendek dua kali – Berlaku masalah pada video/ VGA komputer.

6) Bunyi beep panjang sekali,bunyi beep pendek tiga kali – Berlaku masalah pada video/VGA komputer.

7) Bunyi beep panjang tiga kali – Berlaku masalah pada keyboard( keyboard error)

8) Bunyi beep panjang secara berulang kali – Berlaku masalah pada memori komputer (memory error)

9) Bunyi beep secara terus menerus , Hi-Lo beep – Berlaku masalah overheating pada CPU.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>